Background

Friday, February 25, 2011

Pantun Khas Untuk Perempuan

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Pantun Perempuan Moden

Assalamualaikum....
Pada hari Isnin yang lalu(21 Februari), sekolah saya ada mengadakan Majlis Watikah Perlantikan, dan majlis ini diadakan secara besar-besaran. Mulanya pada pukul 8.00 pagi sehingga ke tengah hari. Sementara tengah menunggu VIP(dah lupa nama),tiba-tiba dengan keizinan Allah,saya telah mengarang sendiri beberapa rangkap pantun. 'Pantun Perempuan Moden' nama diberi kerana pada masa itu, saya asyik terfikirkan masalah-masalah perempuan masa kini yang sudah tidak menjaga maruah, agama, dan bangsa...Ikutilah pantunnya....

Kuah labu Abu terasa pekat,
Kerana tidak mendapat berkat,
Kini perempuan dilihat tiada batasan pergaulan dan aurat,
Memakai pakaian ketat dan sendat.

Dalam berpidato Hilman sememangnya hebat,
Peringkat negeri sentiasa mendapat tempat,
Agama dibuang kehormatan tidak dilihat,
Seks bebas mula dijadikan adat.

Kek harijadi dikerat empat,
GEMS memakan duit golongan papa,
Zina berlaku syaitan melompat,
Katanya perempuan sememangnya sesuai dijadikan alat.

Ragbi SEMASHUR kuat dan hebat,
Mendapat tempat di hati peminat,
Wahai sekalian perempuan segerlah bertaubat,
Kerana tidak kira masa pasti berlakunya Hari Kiamat. 

akhirat

Alam Barzakh dan Hari Akhirat

Setiap Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu:

1. Alam Roh

- Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
- Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim
- Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh)

3. Alam Dunia

- Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.
- Hidup sehingga 65thn-75thn

4. Alam Kubur

- Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia.
- Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid; Rasulullah saw bersabda :

“Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”

5. Alam Mahsyar

- Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia.
- Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.
- Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.
- Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yg mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat utk mati ditempat yg lain.
- Rasullullah s.a.w yg pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail " Dimana kamu tinggalkan umatku"

# Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan :

1. Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.

2. Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua)

3. Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial).

Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu:

1. Muqarrabiin.
2. Golongan Kanan.
3. Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar

Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan mereka yang beriman. Jalan masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat, Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para Nabi Sahabat dan mrk yg beriman).

7 golongan :

1. Pemimpin yang adil
2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid
3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui
4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah
5. Lelaki yg diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata "Aku takut pada Allah"
6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah
7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan). Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000 thn didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mrk yg beriman, kemudian terdengar suara "pergilah berjumpa dgn para Nabi".. maka yg mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa kerana memakan buah larangan di syurga maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat

· Soal Jawab
· Membaca catatan amalan
· Hisab

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.

"Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam." Surah Maryam Ayat 68

Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yg mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yg meniti hanya tinggal 1 sahaja yg akan berada di titian sirat (iaitu mrk yg beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mrk yg beriman). 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yg meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat).

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia sebaik sahaja melihat api neraka ;

Pembuangan Bayi..

Gejala pembuangan bayi

“Rugilah mereka yang telah membunuh anak-anak mereka dengan kejahilan, tanpa pengetahuan dan mereka mengharamkan apa yang telah direzekikan dengan menipu tentang tuhan. Mereka telah sesat dan mereka tidak dapat petunjuk”

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.

Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa
tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.

Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

Saya juga pasti jikalau kerajaan mengambil inisiatif untuk membendung masalah ini dengan mengambil hukum Allah iaitu hukum hudud, saya pasti dada akhbar akan kemarau daripada kes buang bayi

Ingatlah.....
Allah di dalam firmannya, surah Al-Isra (17) ayat 32 yang bermaksud...
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk”

Bayi ialah rezeki daripada Yang Maha Pemberi Rezeki, bukan untuk dibuang sesuka hati..





Thursday, February 3, 2011

Maulidur Rasul

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Terdapat juga sekolah-sekolah di Malaysia ini yang mengambil satu hari dalam sesi persekolahan untuk mengadakan perarakan secara besar-besrana dan ada pula yang menjadikan ia sebagai pertandingan. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Pada tahun 2011 ini, bersamaan dengan 15 Februari 2011, kita akan menyambut Maulidir Rasul
yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat Islam sedunia.
Dalam kita menyambut Maulidir Rasul, berapa banyak antara kita yang benar-benar mencintai Rasulullah sepenuhnya sehinggakan kita sanggup meninggalkan hal dunia semata-mata untuk berselawat kepada Rasulullah setiap masa


Apabila kita mencintai seseorang, kita sering menyebut-nyebut namanya dan kalau boleh nak koreksi tentang hal peribadi dia,
Sebagai contoh dalam hal ehwal semasa sekarang, perempuan Melayu sekarang biasanya amat tergila-gilakan penyanyi-penyanyi Korea kerana ketampanan dan kelincahan mereka apabila melakukan persembahan, dan kalau boleh dan semestinya perempuan-perempuan ini akan tidak terlepas pesembahan penyanyi Korea dalam televisyen mahupun di Internet. Jikalau mendapat surat khabar, bahagian hiburan yang dicarinya dahulu..dan samalah juga untuk kekasih idaman hati, semestinya kita akan melakukan perkara yang sama



Saya berharap dengan teks selawat di atas, muslimin semua sama-sama ringankan dan basahkan mulut dengan menyebut Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW dan baginda dapat memberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak.
Sama-sama kita memeriahkan Maulidur Rasul pada tahun ini dengan semeriahnya..
Ingat, kerana turunnya Nabi Muhammad atas ketentuan Allah, kita tidak mungkin hidup dalam aman dan sentosa dan kita mungkin hidup dalam kegelapan dan kejahilan sekarang..
Syukurlah....

Wasalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...




Tuesday, February 1, 2011

Antara dosa-dosa mata...:)

Dunia hiburan masa kini bagaikan sudah tiada batasnya.Mereka yang sangat meminati hiburan termasuk umat Islam sendiri pada hakikatnya, penuh dengan kelalaian.Malah dalam sesetengah antara umat Islam pun ada yang menganggap hidup tanpa hiburan bererti hati dab jiwa akan menjadi kosong serta tidak tenteram. Saya pernah menasihati kawan saya dan meminta pandangannya tentang hiburan masa kini dan slogan yang sentiasa disebut ialah " itu barulah ada life, enjoy" dan bila bercakap tentang nasyid, ini slogannya " kalau macam tu, hidup ni rasa terkongkong tahu tak"

Segala  program hiburan yang ada sememangnya mendapat sambutan dikalangan umat Islam sendiriyang dahagakan hiburan, bukan sahaja dikalangan remaja bahkan dewasa. Beberapa minggu yang lalu saya ada melihat gambar di Internet atau sumber-sumber yang lain tentang orang ramai yang membeli tiket konsert Justin Bieber,tapi yang saya terkejutnya apabila yang berada di barisan hadapan ialah pakcik-pakcik yang sibuk merebutnya, bukan pulak golongan muda..

Firman Allah yang bermaksud:

" Dan di antara manusia ( ada ) yang menggunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (orang) daripada jalan ALLAH tanpa ilmu pengetahuan dan menjadikan jalan ALLAH itu olok-olok. Mereka itu akan mendapat azab yang hina."- Surah Luqman :6 

Pada zaman sekarang ni, saya ada mendengar yang kebanyakan wanita-wanita/remaja Melayu amat tergila-gilakan penyanyi Korea...saya ingin bertanya kepada pembaca yang saya maksudakan, adakah mereka penyanyi Korea itu boleh membimbing jalan kalian untuk memasuki syurga dan menjadi pembimbing kalian semasa di dunia ini dalam mendapatkan keredhaan Allah cuba fikir-fikirkan..






adakah ini yang ingin sentiasa yang dipuja-pujakan...

Adakah ini yang dikatakan boleh membawa kebahagiaan selama-lamanya??


                                         
Dunia ini bagaikan syurga bagi orang kafir dan neraka bagi orang-orang muslim,maksudnya bagi orang-orang muslim kita dalam hiburan itu ada batasnya.Allah telah mengizinkan dalam kita sebaga umat Islam dalam melagukan Al-Quran iaitu bertarannum dan bersyair  tentang agama dan tuhan iaitu nasyid.






Ingatlah, mata yang dianugerahkan ALLAH kepada kita bukanlah digunakan dalam kemksiatan seperti menyaksikan konsert, hiburan dan pesta yang melalaikan tetapi digunakan dalam mempelajari ilmu agama, hadis-dan buku-buku agama. Ini semua adalah jalan untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T

Ingatlah

Mata akan bersaksi dan besuara apa pandangannya di akhirat kelak

Wasalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...