Segala program hiburan yang ada sememangnya mendapat sambutan dikalangan umat Islam sendiriyang dahagakan hiburan, bukan sahaja dikalangan remaja bahkan dewasa. Beberapa minggu yang lalu saya ada melihat gambar di Internet atau sumber-sumber yang lain tentang orang ramai yang membeli tiket konsert Justin Bieber,tapi yang saya terkejutnya apabila yang berada di barisan hadapan ialah pakcik-pakcik yang sibuk merebutnya, bukan pulak golongan muda..
Firman Allah yang bermaksud:
" Dan di antara manusia ( ada ) yang menggunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (orang) daripada jalan ALLAH tanpa ilmu pengetahuan dan menjadikan jalan ALLAH itu olok-olok. Mereka itu akan mendapat azab yang hina."- Surah Luqman :6
Pada zaman sekarang ni, saya ada mendengar yang kebanyakan wanita-wanita/remaja Melayu amat tergila-gilakan penyanyi Korea...saya ingin bertanya kepada pembaca yang saya maksudakan, adakah mereka penyanyi Korea itu boleh membimbing jalan kalian untuk memasuki syurga dan menjadi pembimbing kalian semasa di dunia ini dalam mendapatkan keredhaan Allah cuba fikir-fikirkan..
Dunia ini bagaikan syurga bagi orang kafir dan neraka bagi orang-orang muslim,maksudnya bagi orang-orang muslim kita dalam hiburan itu ada batasnya.Allah telah mengizinkan dalam kita sebaga umat Islam dalam melagukan Al-Quran iaitu bertarannum dan bersyair tentang agama dan tuhan iaitu nasyid.
Ingatlah, mata yang dianugerahkan ALLAH kepada kita bukanlah digunakan dalam kemksiatan seperti menyaksikan konsert, hiburan dan pesta yang melalaikan tetapi digunakan dalam mempelajari ilmu agama, hadis-dan buku-buku agama. Ini semua adalah jalan untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T
Ingatlah
Mata akan bersaksi dan besuara apa pandangannya di akhirat kelak
Wasalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
eceh....ko memang kan hilman???
ReplyDeleteletak gambar time nasyid waktu dinner form tu...:D
(apesal letak gambar korea dohh?)